Rahmat
ke
atas
sasaran
dakwah
(mad’u)
yang bukan
Islam:
Ketika Rasulullah pergi ke Taif yang terletak di luar Mekah untuk berdakwah, beberapa orang musyrikin (pemuka-pemuka Tsaqif) telah menyakiti beliau. Mereka telah menyuruh budak- budak dan
orang-orang yang rendah pemikiran supaya melempar batu kepada Rasulullah sehingga luka berdarah kedua kakinya. Lalu
Allah telah mengutuskan malaikat penjaga bukit- bukit untuk meminta kebenaran bagi menghempap mereka dengan dua buah bukit (Abu
Qubais dan Ahmar). Namun Rasulullah ﷺ sebaliknya berkata: ‘Jangan… jangan! Bahkan aku berharap
Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang
akan menyembah
Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun…
!”(Riwayat Imam
Bukhari
(3231) dari Aishah r.ha)
Kemudian Rasulullah ﷺ berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak tahu."
(Disebut oleh Imam
al-Baihaqi dalam Bab Sya’b al-Iman
2/622 dari
Abdullah bin Ubaid bin
Amir r.a).
Begitu juga ketika ramai para sahabat yang disiksa dan dianiaya oleh orang-orang musyrikin, maka mereka telah meminta Rasulullah mendoakan kehancuran mereka. Beliau hanya berdoa:
"Sesungguhnya aku tidak diutuskan untuk melaknat mereka, tetapi aku diutuskan adalah sebagai rahmat."
(Riwayat Imam
Muslim (2599) dari Abu Hurairah r.a).
Rahmatnya
Rasulullah
bagi
orang kafir:
vDalam sirah Rasulullah, diriwayatkan bahawa Baginda ada seorang jiran yang
merupakan seorang wanita Yahudi yang
selalu berniat untuk menyakiti diri Baginda.
vPada setiap pagi Rasulullah akan melalui satu jalan untuk ke
masjid menunaikan solat Subuh. Hampir setiap hari wanita tersebut akan meletakkan apa sahaja barang di jalan tersebut yang
boleh menyakiti Rasulullah.
vPada setiap kali
itu juga Rasulullah akan mengenepikan apa saja barang yang
ada di jalan itu agar
tidak menyakiti
orang lain.
v Di suatu pagi, ketika Rasulullah lalu jalan tersebut Baginda dapati tiada barang yang
diletakkan di
situ.
vBaginda berasa hairan. Setelah kembali dari solat Subuh, Baginda bertanya kepada dirinya apakah yang
berlaku kepada wanita tersebut. Dengan hati yang
ikhlas, Baginda pergi menziarahi wanita itu yang
sedang terlantar sakit.
Rahmat
kepada
wanita:
vJunjungan besar kita Nabi
Muhammad ﷺ adalah
rahmat bagi wanita, sedangkan wanita sebelum
Islam sesuatu yang
diabaikan kehormatannya. Wanita dalam masyarakat jahiliah tidak mempunyai sebarang nilai.
vSebahagian dari mereka akan membunuh anak perempuan di dalam kandungan lagi atau menanamnya hidup-hidup di dalam tanah; kerana mereka mempercayai bahawa wanita merupakan antara punca rasa
malu.
vPadahal, hakikatnya wanita tidak melakukan dosa dalam semua itu, melainkan ia hanya menjadi perempuan sahaja.
Rahmat
kepada
anak-anak
yatim
dan
kanak-kanak:
vJunjungan kita Nabi
Muhammad ﷺ adalah
rahmat kepada anak-anak yatim,
orang-orang yang lemah dan anak-anak kecil.
vBeliau berpesan supaya memelihara, mendidik dan menjaga mereka dengan baik. Beliau turut menjadikan
orang yang menjaga anak-Anak yatim sebagai temannya di syurga nanti. Sabdanya yang
bermaksud:
Pada suatu hari beliau ingin menemui kedua cucunya Saidina Hassan dan Hussein yang sangat manja kepadanya. Lalu beliau mendapatkan mereka, memeluk dan mendukung di dadanya, bermain dan bergurau senda dengan keduanya dan meletakkan mereka di atas dua paha beliau. Lalu seorang lelaki yang
baru memeluk
Islam, dikenali Aqra’ bin
Habis berkata:
"Beginikah
kalian melayani anak-anak
kalian. Demi Allah, aku mempunyai sepuluh
orang anak lelaki tapi belum pernah aku melayan salah seorang dari mereka seperti
kalian melayan mereka. Rasulullah ﷺ berkata (bermaksud):
"Sesiapa yang tidak mengasihi, maka tidak akan dikasihi." (Riwayat Imam Bukhari (5997) dari Abu Hurairah ra)
Rahmatnya
Rasulullah
kepada
anak-anak
yatim:
Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana yang diketahui, betapa Rasulullah, amat menyintai anak-anak yatim piatu. Diriwayatkan pada suatu hari raya Aidilfitri, ketika Baginda, keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat Idulfitri. Baginda,telah melihat sekumpulan kanak-kanak girang bermain, tertawa meraikan kehadiran lebaran. Kanak-kanak itu mengenakan pakaian baharu. Tiba-tiba, Rasulullah ,
terpandang kepada seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping
yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda, mendekat gadis kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda yang mulia dan bertanya dengan suaranya yang lembut; ”mengapa engkau menangis nak…”. Rasulullah , yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.
Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh kearah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya : “Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi, dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis dimakan oleh suami ibuku dan aku diusir dari rumahnya. Pada hari raya yang suci ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua
orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang
beruntung. Aku teringatkan
ayah. Itu sebabnya aku menangis. Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap bersepatu. Aku sangat bahagia ketika itu, namu kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim….”
Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah , semakin sedih. Tanpa disedari airmata Baginda , yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda, membelai rambut anak gadis itu sambil berkata : “anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engakau ingin aku menjadi ayahmu ? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu ?
Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu ? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku ? ”
Rahmat
kepada
haiwan:
Di antara ajaran Nabi s.a.w ialah bertujuan menjadi rahmat kepada haiwan-haiwan yang
tidak boleh bercakap; di mana beliau berpesan supaya melayani haiwan secara baik dengan memberikan mereka hak untuk makan dan minum serta tidak diseksa. Hal
ini telah berlaku sebelum wujudnya kumpulan-kumpulan hak asasi haiwan di dunia sejak empat belas abad yang
lalu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda (bermaksud):
"Seorang
lelaki
telah
memasuki
syurga
kerana
seekor
anjing.
Ketika
seorang
lelaki
dalam
perjalanan,
ia
kehausan.
Kemudian
setelah
menjumpai
perigi,
ia
masuk
ke
dalamnya.
Lalu
ia
minum
di sana.
Kemudian
ia
keluar,
tiba-tiba
ia
melihat
seekor
anjing
di luar
perigi
yang menjulur
lidahnya
dan
menjilat-jilat
tanah
lembab
kerana
sangatnya
rasa haus.
Maka
lelaki
itu
berkata:
Anjing
itu
merasakan
apa
yang baru
saja
aku
rasakan.
Kemudian
ia
kembali
semula
ke
dalam
perigi
dan
memenuhi
sepatunya
dengan
air. Lalu
ia
membawa
naik
air dengan
menggigit
sepatu
itu,
Sesampai
di atas
ia
memberi
minum
anjing
itu.
Kerana
perbuatannya
tadi,
Allah berterima
kasih
dan
mengampunkan
dosa-dosanya."
(Riwayat Imam
Bukhari
(6009) dari Abu Hurairah ra).
Rasulullah ﷺ juga menyatakan (bermaksud):
"Sesungguhnya
perempuan
zina
yang memberi
minum
anjing
yang sedang
kehausan,
maka
Allah telah
mengampunkan
dosanya.
" (dari Abu Hurairah ra. Hadis ini dinyatakan oleh Ibn Qaisrani di dalam Zakhirah al-Huffaz
1/537)
Dari riwayat yang lain, Rasulullah ﷺ
berkata (bermaksud):
"Bahawa
seorang
wanita
memasuki
neraka
kerana
kucing.
Dia
mengurungnya
tanpa
memberi makan kepadanya
atau
tidak
meninggalkan
serangga
yang boleh
dimakan.
Lalu
kucing
itu
mati.
Maka
ia
masuk
api
neraka."
(Riwayat Imam
Muslim (2619) dari Abu Hurairah ra).
RASULULLAH ﷺ DALAM KEPIMPINAN
Rasulullah (ﷺ ) Sebagai Pemimpin
RASULULLAH ﷺ DALAM KEPIMPINAN
Rasulullah (ﷺ ) Sebagai Pemimpin
vSebagai pemimpin yang
dipilih oleh
Allah, tentunya baginda dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan baginda pemimpin
mithali.
vKehidupan baginda yang
yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang
serba sederhana menjadi batu asas penting dalam
proses pemupukan sifat kepemimpinan baginda .
vDengan kehendak dan pemeliharaan
Allah, baginda dapat membataskan dari baginda dari perkara yang
merosakkan dan tidak berfaedah.
vBaginda akhirnya manjadi manusia yang
paling dipercayai yang
digelar “al-amin” oleh seluruh masyarakat di zamannya.
Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah ﷺ
Sebagai Pemimpin Agama
v Mempunyai
empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat terpuji ).
vMenyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
vBaginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam Al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan
sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh
kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan
orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
vBaginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh
dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun
dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah ﷺ
vBaginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi
menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan
lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan
antarabangsa yang bersumberkan Al Quran dan hadis.
vDalam amanat terakhir baginda berpesan supaya umat
manusia berpegang kepada Al Quran dan hadis.
Sebagai Pemimpin Politik
vmengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di
dunia
vKepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan
baginda
vMendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj
Arab Madinah
vDiiktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui
sahifah Madinah
vMengadakan hubungan diplomatik
vMemperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk
membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.
Sebagai Pemimpin Tentera
vmenunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang
ketenteraan.
vmenjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda.
vAkidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas
dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
vBaginda bertindak mengikut peraturan yang telah
disyariatkan oleh Allah S.W.T.
vMengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah
semangat dalam menghadapi musuh.
vSentiasa adil kepada kawan sama ada kawan atau musuh..
vBerjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang
membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.
Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam
vMematuhi perintah Allah serta menuntut keredaannya
vMemberi pilihan sebelum berperang
vTentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap
tawanan perang, musuh yang telah mati.
vTentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum
wanita dan orang tua.
vTentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang
beribadat dan orang awam.
vTentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
vTentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan
tanaman awam.
vBerhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
vPatuh kepada ketua.
vTidak boleh lari dari medan peperangan.
vDibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.
Sebagai Pemimpin Masyarakat
vBerjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
vMenyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara
Muhajirin dan Ansar
vBerjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah
seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
vPersamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali taqwa.
vMenaikkan taraf wanita .
vMenghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui
konsep
vKebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan
mengamalkan adat masing –masing.
vKetua-ketua suku diberikan peranan masing-masing
menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing
Ketua Hakim
vMenjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil
dan saksama.
vMenunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh
mana hakim.
Sebagai Perancang Ekonomi
vMemperkenalkan dasar ekonomi baru
vBerusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai
kepada orang Yahudi
Bagaimana Rasulullah Menyelesaikan Masalah antara Kaum.
Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w. menangani masyarakat Madinah
vMasalah permusuhan tradisi di antara puak Aus dan Khazraj hingga membawa kepada perang Buath Nabi Muhammad s.a.w. menanganinya menerusi ikatan persaudaraan yang
dinamakan dua kaum itu dengan puak Ansar, di samping meningkatkan akidah
mereka.
vMasalah sosio ekonomi kaum Muhajirin, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum
Ansar dengan persaudaraan Islam dan diikatkan dengan satu perjanjian yang
terkandung dalam Perlembagaan Madinah.
Yahudi Bani Qainuqa
Rasulullah S.A.W bersabda, “ Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambaNya selama roh nyawanya belum sampai di kerongkong
Yahudi Bani Qainuqa
vMerekalah yang mula-mula melanggar perlembagaan Madinah dengan menjatuhkan maruah seorang wanita Islam Ansar
di kedai Yahudi di pasar Madinah. Seorang Islam yang melihat kejadian itu membunuh yahudi tersebut dan orang yahudi membalas pula dengan membunuh orang Islam tadi.
Seterusnya memperkecilkan kemenangan dan kebolehan orang Islam dalam perang
Badar.
vNabi mengingatkan Bani Qainuqa tentang akibat perbuatan mereka itu tetapi mereka
mencabar nabi dan mengisytiharkan perang.
vNabi melawan kekerasan dengan kekerasan dan Bani Qainuqa bertahan di kubu mereka selama 15 hari .Akhirnya mereka bersetuju dengan
keputusan Nabi supaya mereka keluar dari Madinah. Seramai 700 dari mereka meninggalkan kota Madinah ke Syam . Mereka dibenarkan membawa harta benda
bersama. kecuali senjata mereka dimusnahkan
Yahudi Bani Nadhir
vMereka menuntut ganti rugi/diyah yang tinggi di atas kematian seorang lelaki Yahudi yang terbunuh secara tidak sengaja oleh
seorang Islam bernama Amru b Umaiyah. Nabi dan para sahabat mengadakan perbincangan dengan
ketua Bani Nadhir tetapi mereka mengambil kesempatan untuk membunuh
nabi Muhammmad saw tetapi gagal kerana diberitahu oleh malaikat Jibril melalui wahyu (surah al Maidah : 11).
vMereka juga menghina orang Islam yang tertewas dalam
perang Bir Maunah dan al-Raji
vNabi Muhammad saw menceritakan pakatan jahat kaum Yahudi ini .Tentera
Islam bersiap untuk memerangi Bani Nadhir dan seterusnya mengepung perkampungan Bani Nadhir selama enam hari dan mereka menyerah kalah.. Mereka meminta izin untuk keluar dari Madinah dengan membawa harta benda bersama kecuali senjata.
Permintaan ini dipersetujui oleh Nabi dan mereka seramai 600 orang keluar ke Khaibar dan menetap di sana manakala yang lain pula pergi ke Syria.
Yahudi Bani Quraizah
vMembuat pakatan sulit dan bersubahat dengan puak
Musyrikin Makkah dan menentang tentera Islam dari dalam kota Madinah semasa perang Khandak ( 5H ).
vSatelah selesai peperangan Nabi Muhamad saw telah menyerahkan kes Bani Quraizah kepada Sa’d b Muadh ( ketua suku Aus) untuk dibicarakan. Setelah membuat pertimbangan yang
wajar dengan merujuk kepada kitab Taurat dan al-Quran golongan pembelot mesti
dihukum bunuh .
vSemua kaum lelaki mereka di bunuh manakala kanak-kanak
dan wanita dijadikan tawanan Kerana setiap kali orang Yahudi di beri
pengampunan mereka akan datang menyerang semula.
Golongan Munafik
vMereka bersepakat dengan orang Yahudi dan tidak
menyertai sebarang peperangan menentang musyrikin ,malah melarikan diri
daripada medan Perang Uhud, memfitnah orang-orang Islam, membantu pihak musuh
menentang orang-orang Islam dalam Perang Ahzab dan membina Masjid Dhirar bagi memecahbelahkan perpaduan umat-umat Islam.
vNabi Muhammad saw tidak mengambil apa-apa tindakan sebab sesama Islam
takut dituduh memusuhi Islam .Baginda menasihati para sahabat supaya
berhati-hati dengan orang munafik. Baginda memulau golongan ini sebagai contoh
tidak membalas salam mereka. Perlembagaan Madinah mengikat tindakan orang munafik dengan mengatakan
orang Islam bersaudara dan tidak boleh bermusuhan.
Baginda
diutuskan
untuk
membentuk
manusia.
Daripada
berakhlak
binatang
kepada
akhlak
manusia.
Daripada
akhlak
Jahiliah
kepada
akhlak
Islam. Pengutusan
baginda
merupakan
rahmat
yang menaikkan
taraf
manusia
menjadi
manusia
yang sempurna
yang berakhlak
dengan
akhlak-akhlak
Islam.
Pada suatu hari Rasulullah ﷺ menangis maka para sahabat baginda bertanya, "Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada ikhwanku." Maka sahabat pun berkata, "Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku." - HR Muslim
Cara Rasulullah S.A.W Berhadapan Dengan Orang Yang Berdosa
-Rasulullah S.A.W tidak pernah menghukum si pelaku dosa.
-Rasulullah S.A.W sentiasa menasihati si pelaku dosa untuk berubah ke arah kebaikan.
-Rasulullah S.A.W sentiasa menutupi aib setiap umatnya.
-Rasulullah S.A.W menegur si pelaku dosa dalam keadaan tertutup.
-Rasulullah S.A.W sentiasa bersabar menasihati si pelaku dosa walaupun sudah banyak kali menasihati.
-Rasulullah S.A.W saling mengingatkan tentang syurga dan neraka.
-Rasulullah S.A.W membimbing si pelaku dosa ke arah kebaikan.
-Rasulullah S.A.W sentiasa bercerita tentang keindahan Islam.
-Rasulullah S.A.W sentiasa memberi peluang kepada pelaku dosa untuk bertaubat.
Kisah Rasulullah Dan Penzina
Sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Maiz Bin Malik datang menemui baginda
kerana dia telah berzina dengan isteri orang. Maiz menemui Rasulullah S.A.W dan
mengaku dia telah melakukan perbuatan yang keji, dia ingin Rasulullah
menjalankan hudud ke atas dirinya (rejam sampai mati) dan menyucikannya.
Namun Rasulullah S.A.W menyuruhnya
pulang dan bertaubat pada Allah tanpa bertanya lanjut tentang perbuatan keji
yang dilakukannya itu. Maiz tidak berpuas hati, dia
benar-benar menyesal dan ingin bertaubat. 4 Kali dia menemui Rasulullah
S.A.W dan jawapan baginda tetap sama,
pulang dan pohonlah taubat pada Allah. Di saat itu Rasulullah S.A.W masih
bersangka baik pada Maiz, Rasulullah S.A.W cuba bertanya
kepada Maiz, mungkin Maiz tidak sengaja, mungkin Maiz tidak waras ketika itu, mungkin
juga Maiz tidak sampai berzina, mungkin Maiz cuma bersentuhan atau
bercumbuan. Akhirnya Rasulullah S.A.W
akur dan mengarahkan Maiz direjam dengan batu. Ketika
direjam, Maiz melarikan diri kerana sakit namun
dikejar sahabat dan direjam sehingga mati. Apabila berita ini sampai kepada
Rasulullah S.A.W, baginda berdukacita kerana bagi baginda adalah lagi baik
dibiarkan Maiz melarikan diri, semoga dia
benar-benar bertaubat dan Rasulullah S.A.W
juga bersabda pada sahabat,
adalah lagi baik untuk Maiz merahsiakan dosanya dan memohon
taubat pada Allah, daripada dia mengadu pada baginda.
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda “Sesungguhnya Maiz telah bertaubat (ketika datang menemui Rasulullah S.A.W ketika
meletakkan tangannya ke atas tangan baginda) dengan sebanar-benar taubat. Kalaulah dibahagi-bahagikan taubat yang dipinta Maiz itu kepada semua umat, pasti taubat itu meliputi semua
umat.”
•(Ringkasan Hadis Riwayat an-Nasai, Abu Daud dan Hazal daripada Naa’im Ibn Hazal)
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا
تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ۞
Dan
akhir akhir
ayat ini Allah bersabda, Dialah yang maha pengampun. Allah bertanya siapakah
yang boleh mengampunkan dosa kita kalau bukan dia?
Bertaubatlah,
Allah
teruskan pengampunan.
Orang
yang bertaubat hendaklah yakin bahawa Allah Maha Pengampun walaupun ia
melakukan dosa sebesar gunung kerana rahmat Allah amat luas.
Orang
yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama
sekali. Taubat mempunyai kedudukan yang tinggi dan seseorang hamba memerlukan
taubat setiap masa dan ketika selagi hayat dikandung badan. Syaitan sentiasa berusaha menyesat dan mendorongkan manusia ke arah
kesesatan selagi roh belum terpisah dari jasadnya. Oleh itu, manusia perlu beritighfar dan memohon ampun dari Allah
supaya terhindar dari ganguan syaitan. Masa untuk bertaubat
terbuka luas selagi roh tidak sampai ke kerongkong. Tetapi apabila ajal maut
sudah datang, pengakuan bertaubat tidak berguna lagi. Oleh kerana kita tidak
mengetahui bila maut datang menjemput, seharusnya kita sentiasa melakukan
taubat.
Rasulullah S.A.W bersabda, “ Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambaNya selama roh nyawanya belum sampai di kerongkong
(hampir
sangat kepada maut) ”
Rasulullah
S.A.W menyeru umatnya supaya memperbanyakkan beristighfar dan Rasulullah
sendiri memohon ampun dan beristighfar lebih dari 70 kali setiap hari.
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud
: “ Bertaubatlah kamu
kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya aku sentiasa memohon ampun kepada Allah dalam
satu hari lebih dari tujuh puluh kali.”
Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah
mengapa baginda banyak melakukan ibadat dan beristighfar sedangkan Allah telah
mengampunkan segala dosa baginda yang lepas dan segala dosa di belakang hari.
Jawab
baginda : “wahai Siti Aisyah! Apakah tidak wajar aku
ini menjadi seorang hamba yang amat bersyukur kepada Tuhannya.?”
KESIMPULAN
Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasul Allah bagi seluruh umat manusia di dunia. Sesungguhnya baginda merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT yang sangat agung kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. aginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang Rasul bahkan juga sebagai khalifah di muka bumi ini, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan yang sangat positif kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
No comments:
Post a Comment