Monday, 13 June 2016

HW- KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN



KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN



  • Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
  • Menjadi punca kepada semua undang-undang.
  • Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.
  • Undang-undang tersebut akan terbatal jika bercanggah dengan perlembagaan.
  • Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin.
  • Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen.
  • Walaupun YDPA merupan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan.
  • Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi.


Sunday, 12 June 2016

HW- CIRI NEGARA MAJU




APAKAH CIRI NEGARA MAJU?




Negara Maju merupakan istilah khusus yang disematkan kepada negara yang menikmati standar hidup relatif tinggi di sektor tekonologi beserta ekonomi yang merata. Dari pernyataan tersebut dapat disimpulkan bahwa negara maju adalah suatu negara yang rakyatnya mempunyai kualitas hidup bahkan kesejahteraan tingkat tinggi.


CIRI - CIRI NEGARA MAJU :

1. ANGKA PENGANGGURAN RENDAh
Rendahnya tingkat pengangguran di masyarakat merupakan ciri-ciri negara maju yang paling spesifik. Perekonomian suatu negara tidak akan boleh berjalan secara maksimal jika lapangan kerja dan wirausaha masih terhitung rendah. Pengangguran friksional merupakan salah satu jenis pengangguran yang umumnya terjadi di negara maju. Pengangguran ini terjadi kerana peralihan tenaga kerja dari satu pekerjaan ke lainnya. 

2.  SISTEM PENDIDIKAN BERTARAF INTERNASIONAL

Seluruh penduduk di negara maju rata-rata sudah boleh membaca dan menulis dengan lancar, berbeza dengan negara berkembang pada umumnya. Dalam hal ini, pemerintah di negara maju memberikan jaminan berupa pendidikan dasar kepada seluruh rakyatnya. Umumnya pendidikan di negara maju memiliki fasiliti lengkap serta ruang belajar yang kondusif di kelasnya. Tak heran jika kecekapan sosial dan kemandirian peserta didik dalam mengembangkan potensinya merupakan salah satu sistem pendidikan sering digunakan di negara maju.



3. LAJU PERTUMBUHAN HIDUP RENDAH
Angka kelahiran dan kematian bayi yang merupakan salah satu faktor pendukung bahawa negara tersebut dapat dikatakan negara maju. Keaadaan tersebut semakin didukung dengan tingginya tingkat kesadaran tentang keluarga berencana, penundaan usia nikah dan kemajuan teknologi fasilitas kesihatan.

4. KEMAJUAN ILMU PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI SEMAKIN CEPAT DAN PESAT

Di negara maju, para ilmuwan didukung oleh pemerintah dengan memberikan berbagai fasilitas terbaik guna menunjang proses observasi yang mereka lakukan. Adapun seperti fasiliti makmal lengkap dan gaji  tinggi merupakan salah satu penunjang semangat kepada para ilmuwan agar mereka boleh melakukan inovasi dengan baik benar. Kemudian hasil dari inovasi tersebut akan diaplikasikan di berbagai bidang, seperti militer, kedoktoran, produksi, pengembangan ilmu pengetahuan malah teknologi ruang angkasa.



5. INDUSTRI DAN JASA MENJADI SEKTOR PEREKONOMIANUTAMA
Industri di negara maju rata-rata memproduksi suatu barang yang bernilai mahal, seperti pesawat terbang, kereta , elektronik hingga alat-alat berat lainnya. Sementara itu di bidang jasa ada 4 profesi yang banyak di jayakan oleh masyarakat di negara maju, seperti pendidikan, hiburan, konsultan dan jasa keuwangan.


6. PENDAPATAN PER-KAPITA TINGGI
Dalam menilai suatu kemajuan negara umumnya tolok ukur yang digunakan yakni terdapat pada sektor pendapatan per kapita. Selain itu, sektor tersebut juga dapat menunjukan berapa pendapatan yang berhasil dicapai oleh rata-rata penduduk selama setahun di negara maju. 

HW- Kepentingan Perlembagaan







Bincangkan konsep kepentingan perlembagaan
Kepentingan Perlembagaan ialah:
  1. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
  2. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
  3. Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.
  4. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
     Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.

HW- ZAMAN PRULARITI DAN PRULARISTIK


GARIS MASA MASYARAKAT PLURAL



PLURALITI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA 


 MASYARAKAT PLURALISTIK ZAMAN PENJAJAHAN




MASYARAKAT PLURALISTIK PASCA MERDEKA





Saturday, 11 June 2016

Nabi Muhammad ﷺ menonjolkan rahmat di sekalian alam

Rahmat ke atas sasaran dakwah (mad’u) yang bukan Islam:
Ketika Rasulullah pergi ke Taif yang terletak di luar Mekah untuk berdakwah, beberapa orang musyrikin (pemuka-pemuka Tsaqif) telah menyakiti beliau. Mereka telah menyuruh budak- budak dan orang-orang yang rendah pemikiran supaya melempar batu kepada Rasulullah sehingga luka berdarah kedua kakinya. Lalu Allah telah mengutuskan malaikat penjaga bukit- bukit untuk meminta kebenaran bagi menghempap mereka dengan dua buah bukit (Abu Qubais dan Ahmar). Namun Rasulullah sebaliknya berkata: ‘Janganjangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !”(Riwayat Imam Bukhari (3231) dari Aishah r.ha)
Kemudian Rasulullah berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak tahu." (Disebut oleh Imam al-Baihaqi dalam Bab Sya’b al-Iman 2/622 dari Abdullah bin Ubaid bin Amir r.a).
Begitu juga ketika ramai para sahabat yang disiksa dan dianiaya oleh orang-orang musyrikin, maka mereka telah meminta Rasulullah mendoakan kehancuran mereka. Beliau hanya berdoa: "Sesungguhnya aku tidak diutuskan untuk melaknat mereka, tetapi aku diutuskan adalah sebagai rahmat." (Riwayat Imam Muslim (2599) dari Abu Hurairah r.a).

Rahmatnya Rasulullah bagi orang kafir:

vDalam sirah Rasulullah, diriwayatkan bahawa Baginda ada seorang jiran yang merupakan seorang wanita Yahudi yang selalu berniat untuk menyakiti diri Baginda.
vPada setiap pagi Rasulullah akan melalui satu jalan untuk ke masjid menunaikan solat Subuh. Hampir setiap hari wanita tersebut akan meletakkan apa sahaja barang di jalan tersebut yang boleh menyakiti Rasulullah.
vPada setiap kali itu juga Rasulullah akan mengenepikan apa saja barang yang ada di jalan itu agar tidak menyakiti orang lain.
v Di suatu pagi, ketika Rasulullah lalu jalan tersebut Baginda dapati tiada barang yang diletakkan di situ.
vBaginda berasa hairan. Setelah kembali dari solat Subuh, Baginda bertanya kepada dirinya apakah yang berlaku kepada wanita tersebut. Dengan hati yang ikhlas, Baginda pergi menziarahi wanita itu yang sedang terlantar sakit

Rahmat kepada wanita:
vJunjungan besar kita Nabi Muhammadadalah rahmat bagi wanita, sedangkan wanita sebelum Islam sesuatu yang diabaikan kehormatannya. Wanita dalam masyarakat jahiliah tidak mempunyai sebarang nilai.
vSebahagian dari mereka akan membunuh anak perempuan di dalam kandungan lagi atau menanamnya hidup-hidup di dalam tanah; kerana mereka mempercayai bahawa wanita merupakan antara punca rasa malu.
vPadahal, hakikatnya wanita tidak melakukan dosa dalam semua itu, melainkan ia hanya menjadi perempuan sahaja.

Rahmat kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak:
vJunjungan kita Nabi Muhammad adalah rahmat kepada anak-anak yatim, orang-orang yang lemah dan anak-anak kecil.
vBeliau berpesan supaya memelihara, mendidik dan menjaga mereka dengan baik. Beliau turut menjadikan orang yang menjaga anak-Anak yatim sebagai temannya di syurga nanti. Sabdanya yang bermaksud:
Pada suatu hari beliau ingin menemui kedua cucunya Saidina Hassan dan Hussein yang sangat manja kepadanya. Lalu beliau mendapatkan mereka, memeluk dan mendukung di dadanya, bermain dan bergurau senda dengan keduanya dan meletakkan mereka di atas dua paha beliau. Lalu seorang lelaki yang baru memeluk Islam, dikenali Aqra’ bin Habis berkata: "Beginikah kalian melayani anak-anak kalian. Demi Allah, aku mempunyai sepuluh orang anak lelaki tapi belum pernah aku melayan salah seorang dari mereka seperti kalian melayan mereka. Rasulullah berkata (bermaksud):
"Sesiapa yang tidak mengasihi, maka tidak akan dikasihi." (Riwayat Imam Bukhari (5997) dari Abu Hurairah ra)

Rahmatnya Rasulullah kepada anak-anak yatim:
 Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana yang diketahui, betapa Rasulullah, amat menyintai anak-anak yatim piatu. Diriwayatkan pada suatu hari raya Aidilfitri, ketika Baginda, keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat Idulfitri. Baginda,telah melihat sekumpulan kanak-kanak girang bermain, tertawa meraikan kehadiran lebaran. Kanak-kanak itu mengenakan pakaian baharu. Tiba-tiba, Rasulullah  , terpandang kepada seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda, mendekat gadis kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda yang mulia dan bertanya dengan suaranya yang lembut; ”mengapa engkau menangis nak…”. Rasulullah , yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.
Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh kearah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya : “Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi, dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis dimakan oleh suami ibuku dan aku diusir dari rumahnya. Pada hari raya yang suci ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu sebabnya aku menangis. Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap bersepatu. Aku sangat bahagia ketika itu, namu kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim….”
Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah  , semakin sedih. Tanpa disedari airmata Baginda , yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda, membelai rambut anak gadis itu sambil berkata : “anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engakau ingin aku menjadi ayahmu ? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu ? Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu ? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku ? ”

 Rahmat kepada haiwan:
Di antara ajaran Nabi s.a.w ialah bertujuan menjadi rahmat kepada haiwan-haiwan yang tidak boleh bercakap; di mana beliau berpesan supaya melayani haiwan secara baik dengan memberikan mereka hak untuk makan dan minum serta tidak diseksa. Hal ini telah berlaku sebelum wujudnya kumpulan-kumpulan hak asasi haiwan di dunia sejak empat belas abad yang lalu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda (bermaksud):
"Seorang lelaki telah memasuki syurga kerana seekor anjing. Ketika seorang lelaki dalam perjalanan, ia kehausan. Kemudian setelah menjumpai perigi, ia masuk ke dalamnya. Lalu ia minum di sana. Kemudian ia keluar, tiba-tiba ia melihat seekor anjing di luar perigi yang menjulur lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembab kerana sangatnya rasa haus. Maka lelaki itu berkata: Anjing itu merasakan apa yang baru saja aku rasakan. Kemudian ia kembali semula ke dalam perigi dan memenuhi sepatunya dengan air. Lalu ia membawa naik air dengan menggigit sepatu itu, Sesampai di atas ia memberi minum anjing itu. Kerana perbuatannya tadi, Allah berterima kasih dan mengampunkan dosa-dosanya." (Riwayat Imam Bukhari (6009) dari Abu Hurairah ra).

Rasulullah juga menyatakan (bermaksud):
"Sesungguhnya perempuan zina yang memberi minum anjing yang sedang kehausan, maka Allah telah mengampunkan dosanya. " (dari Abu Hurairah ra. Hadis ini dinyatakan oleh Ibn Qaisrani di dalam Zakhirah al-Huffaz 1/537)
Dari riwayat yang lain, Rasulullah  berkata (bermaksud):
"Bahawa seorang wanita memasuki neraka kerana kucing. Dia mengurungnya tanpa memberi  makan kepadanya atau tidak meninggalkan serangga yang boleh dimakan. Lalu kucing itu mati. Maka ia masuk api neraka." (Riwayat Imam Muslim (2619) dari Abu Hurairah ra).

RASULULLAH DALAM KEPIMPINAN

 Rasulullah ( ) Sebagai Pemimpin
vSebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya baginda dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan baginda pemimpin mithali.
vKehidupan baginda yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi batu asas penting dalam proses pemupukan sifat kepemimpinan baginda .
vDengan kehendak dan pemeliharaan Allah, baginda dapat membataskan dari baginda dari perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah.
vBaginda akhirnya manjadi manusia yang paling dipercayai yang digelar “al-aminoleh seluruh masyarakat di zamannya.
Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah  
Sebagai Pemimpin Agama
v    Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat terpuji ).
vMenyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
vBaginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam Al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.


vBaginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah
vBaginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan Al Quran dan hadis.
vDalam amanat terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada Al Quran dan hadis.


Sebagai Pemimpin Politik
vmengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia
vKepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda
vMendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah
vDiiktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
vMengadakan hubungan diplomatik

vMemperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.


Sebagai Pemimpin Tentera
vmenunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan.
vmenjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda.
vAkidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
vBaginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T.
vMengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
vSentiasa adil kepada kawan sama ada kawan atau musuh..
vBerjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.

Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam
vMematuhi perintah Allah serta menuntut keredaannya
vMemberi pilihan sebelum berperang
vTentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati.
vTentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
vTentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
vTentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
vTentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
vBerhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
vPatuh kepada ketua.
vTidak boleh lari dari medan peperangan.

vDibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.


Sebagai Pemimpin Masyarakat
vBerjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
vMenyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar
vBerjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
vPersamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali taqwa.
vMenaikkan taraf wanita .
vMenghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep
vKebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing –masing.
vKetua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing


Ketua Hakim
vMenjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
vMenunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
Sebagai Perancang Ekonomi
vMemperkenalkan dasar ekonomi baru

vBerusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi


Bagaimana Rasulullah Menyelesaikan Masalah antara Kaum.

Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w. menangani masyarakat Madinah
vMasalah permusuhan tradisi di antara puak Aus dan Khazraj hingga membawa kepada perang Buath  Nabi Muhammad s.a.w. menanganinya menerusi ikatan persaudaraan yang dinamakan dua kaum itu dengan puak Ansar, di samping meningkatkan akidah mereka.
vMasalah sosio ekonomi kaum Muhajirin, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar dengan persaudaraan Islam dan diikatkan dengan satu perjanjian yang terkandung dalam Perlembagaan Madinah.

Yahudi Bani Qainuqa
vMerekalah yang mula-mula melanggar perlembagaan  Madinah dengan menjatuhkan maruah seorang wanita Islam Ansar di kedai Yahudi di pasar Madinah. Seorang Islam yang melihat kejadian itu membunuh yahudi tersebut dan orang yahudi membalas pula dengan membunuh orang Islam tadi. Seterusnya memperkecilkan kemenangan dan kebolehan orang Islam dalam perang Badar.
vNabi mengingatkan Bani Qainuqa tentang akibat perbuatan mereka itu tetapi mereka mencabar nabi dan mengisytiharkan perang.

vNabi melawan kekerasan dengan kekerasan dan Bani Qainuqa bertahan di kubu mereka  selama 15 hari .Akhirnya mereka bersetuju dengan keputusan Nabi supaya mereka keluar dari Madinah. Seramai 700 dari mereka meninggalkan  kota Madinah ke Syam . Mereka dibenarkan membawa harta benda bersama. kecuali senjata mereka dimusnahkan

Yahudi Bani Nadhir
vMereka menuntut ganti rugi/diyah yang tinggi di atas kematian seorang  lelaki Yahudi yang terbunuh secara tidak sengaja oleh seorang Islam bernama Amru b Umaiyah. Nabi dan para sahabat mengadakan perbincangan dengan ketua Bani Nadhir tetapi mereka mengambil kesempatan untuk membunuh nabi Muhammmad saw tetapi gagal kerana diberitahu oleh malaikat Jibril melalui wahyu (surah al Maidah : 11).
vMereka juga menghina orang Islam yang tertewas dalam perang Bir Maunah dan al-Raji
vNabi Muhammad saw menceritakan pakatan jahat kaum Yahudi ini .Tentera Islam bersiap untuk memerangi Bani Nadhir dan seterusnya mengepung perkampungan Bani Nadhir selama enam hari dan mereka menyerah kalah.. Mereka  meminta izin untuk keluar dari Madinah dengan membawa harta benda bersama kecuali senjata. Permintaan ini dipersetujui oleh Nabi dan mereka seramai 600 orang keluar ke Khaibar dan menetap di sana manakala yang lain pula pergi ke Syria.

Yahudi Bani Quraizah
vMembuat pakatan sulit dan bersubahat dengan puak Musyrikin Makkah dan menentang tentera Islam dari dalam kota Madinah semasa perang Khandak ( 5H ).
vSatelah selesai peperangan Nabi Muhamad saw telah menyerahkan kes  Bani Quraizah kepada  Sa’d  Muadh ( ketua suku Aus) untuk dibicarakan. Setelah membuat pertimbangan yang wajar dengan merujuk kepada kitab Taurat dan al-Quran golongan pembelot mesti dihukum bunuh .
vSemua kaum lelaki mereka di bunuh manakala kanak-kanak dan wanita dijadikan tawanan Kerana setiap kali orang Yahudi di beri pengampunan mereka akan datang menyerang semula.

Golongan Munafik
vMereka bersepakat dengan orang Yahudi dan tidak menyertai sebarang peperangan menentang musyrikin ,malah melarikan diri daripada medan Perang Uhud, memfitnah orang-orang Islam, membantu pihak musuh menentang orang-orang Islam dalam Perang Ahzab dan membina Masjid Dhirar bagi memecahbelahkan perpaduan umat-umat Islam.
vNabi Muhammad saw tidak mengambil apa-apa tindakan sebab sesama Islam takut dituduh memusuhi Islam .Baginda menasihati para sahabat supaya berhati-hati dengan orang munafik. Baginda memulau golongan ini sebagai contoh tidak membalas salam mereka. Perlembagaan Madinah mengikat tindakan orang munafik dengan mengatakan orang Islam bersaudara dan tidak boleh bermusuhan.

     Baginda diutuskan untuk membentuk manusia. Daripada berakhlak binatang kepada akhlak manusia. Daripada akhlak Jahiliah kepada akhlak Islam. Pengutusan baginda merupakan rahmat yang menaikkan taraf manusia menjadi manusia yang sempurna yang berakhlak dengan akhlak-akhlak Islam. 

     Pada suatu hari Rasulullah menangis maka para sahabat baginda bertanya, "Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada ikhwanku." Maka sahabat pun berkata, "Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku." - HR Muslim

Cara Rasulullah S.A.W Berhadapan Dengan Orang Yang Berdosa
-Rasulullah S.A.W tidak pernah menghukum si pelaku dosa.
-Rasulullah S.A.W sentiasa menasihati si pelaku dosa untuk berubah ke arah kebaikan.
-Rasulullah S.A.W sentiasa menutupi aib setiap umatnya.
-Rasulullah S.A.W  menegur si pelaku dosa dalam keadaan tertutup.
-Rasulullah S.A.W sentiasa bersabar menasihati si pelaku dosa walaupun sudah banyak kali menasihati.
-Rasulullah S.A.W saling mengingatkan tentang syurga dan neraka.
-Rasulullah S.A.W membimbing si pelaku dosa ke arah kebaikan.
-Rasulullah S.A.W sentiasa bercerita tentang keindahan Islam.
-Rasulullah S.A.W sentiasa memberi peluang kepada pelaku dosa untuk bertaubat.

Kisah Rasulullah Dan Penzina
Sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Maiz Bin Malik datang menemui baginda kerana dia telah berzina dengan isteri orang. Maiz menemui Rasulullah S.A.W dan mengaku dia telah melakukan perbuatan yang keji, dia ingin Rasulullah menjalankan hudud ke atas dirinya (rejam sampai mati) dan menyucikannya.
Namun Rasulullah S.A.W menyuruhnya pulang dan bertaubat pada Allah tanpa bertanya lanjut tentang perbuatan keji yang dilakukannya itu. Maiz tidak berpuas hati, dia benar-benar menyesal dan ingin bertaubat. 4 Kali dia menemui Rasulullah S.A.W  dan jawapan baginda tetap sama, pulang dan pohonlah taubat pada Allah. Di saat itu Rasulullah S.A.W masih bersangka baik pada Maiz, Rasulullah S.A.W cuba bertanya kepada Maiz, mungkin Maiz tidak sengaja, mungkin Maiz tidak waras ketika itu, mungkin juga Maiz tidak sampai berzina, mungkin Maiz cuma bersentuhan atau bercumbuan.  Akhirnya Rasulullah S.A.W akur dan mengarahkan Maiz direjam dengan batu. Ketika direjam, Maiz melarikan diri kerana sakit namun dikejar sahabat dan direjam sehingga mati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah S.A.W, baginda berdukacita kerana bagi baginda adalah lagi baik dibiarkan Maiz melarikan diri, semoga dia benar-benar bertaubat dan Rasulullah S.A.W  juga bersabda pada sahabat,  adalah lagi baik untuk Maiz merahsiakan dosanya dan memohon taubat pada Allah, daripada dia mengadu pada baginda.
Kemudian Rasulullah S.A.W  bersabda Sesungguhnya Maiz telah bertaubat (ketika datang menemui Rasulullah S.A.W ketika meletakkan tangannya ke atas tangan baginda) dengan sebanar-benar taubat. Kalaulah dibahagi-bahagikan taubat yang dipinta Maiz itu kepada semua umat, pasti taubat itu meliputi semua umat.” 
(Ringkasan Hadis Riwayat an-Nasai, Abu Daud dan Hazal daripada Naa’im Ibn Hazal)

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ۞
Dan akhir akhir ayat ini Allah bersabda, Dialah yang maha pengampun. Allah bertanya siapakah yang boleh mengampunkan dosa kita kalau bukan dia?
Bertaubatlah,
Allah teruskan pengampunan. 
Orang yang bertaubat hendaklah yakin bahawa Allah Maha Pengampun walaupun ia melakukan dosa sebesar gunung kerana rahmat Allah amat luas. 
Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali. Taubat mempunyai kedudukan yang tinggi dan seseorang hamba memerlukan taubat setiap masa dan ketika selagi hayat dikandung badan. Syaitan sentiasa berusaha menyesat dan mendorongkan manusia ke arah kesesatan selagi roh belum terpisah dari jasadnya. Oleh itu, manusia perlu beritighfar dan memohon ampun dari Allah supaya terhindar dari ganguan syaitan. Masa untuk bertaubat terbuka luas selagi roh tidak sampai ke kerongkong. Tetapi apabila ajal maut sudah datang, pengakuan bertaubat tidak berguna lagi. Oleh kerana kita tidak mengetahui bila maut datang menjemput, seharusnya kita sentiasa melakukan taubat. 

Rasulullah S.A.W bersabda, “ Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambaNya selama roh nyawanya belum sampai di kerongkong
 (hampir sangat kepada maut)

Rasulullah S.A.W menyeru umatnya supaya memperbanyakkan beristighfar dan Rasulullah sendiri memohon ampun dan beristighfar lebih dari 70 kali setiap hari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “ Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya aku sentiasa memohon ampun kepada Allah dalam satu hari lebih dari tujuh puluh kali.” 
Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah mengapa baginda banyak melakukan ibadat dan beristighfar sedangkan Allah telah mengampunkan segala dosa baginda yang lepas dan segala dosa di belakang hari.
Jawab baginda : “wahai Siti Aisyah! Apakah tidak wajar aku ini menjadi seorang hamba yang amat bersyukur kepada Tuhannya.?”


KESIMPULAN
Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasul Allah bagi seluruh umat manusia di dunia. Sesungguhnya baginda merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT yang sangat agung kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. aginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang Rasul bahkan juga sebagai khalifah di muka bumi ini, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan yang sangat positif kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.